Tuesday, February 28, 2012

sEbeLum kAmu hALal bAgikU...


"Ya Allah...jadikan daku nisa' yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadikan daku nisa' yang menjaga aurat dan maruah diri dari dilihat ajnabi. Jadikan daku nisa' yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi nisa' yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami. Jadikan daku juga seorang nisa' yang boleh menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh si dia. Ya Allah... jika aku jatuh cinta, temuilah aku pada seorang yang dapat mengharungi suka duka kehidupan bersama sama di dalam mencari keredhaan-Mu. Ya Allah...aku menyintai dia kerana agama yang ada padanya, jika dia hilangkan agama dalam dirinya, hilangkan lah cintaku padanya..."

"Buat bakal suamiku...aku tidak meminta rumah yang besar, aku tidak meminta kereta yang mewah, aku tidak meminta rantai emas, berlian dan permata yang indah, aku tidak meminta wang yang banyak dan aku tidak mendambakan kehidupan yang serba mewah, cukuplah dengan bersederhana, tetapi izinkan aku meminta sesuatu darimu, bimbinglah aku dalam mendapatkan syurga-Nya..."

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa" (Al-Furqan 25:74)